@ JENGUK-JENGUK @

Friday 13 January 2012

13 JANUARY ......

Diam tak diam, dah masuk 13 hari di tahun 2012. Anyway apa istimewanya 13 hari nie. Heheheeeee.... itu la harinya aku dilahirkan. Alhamdulilah aku masih mampu bernyawa di muka bumi kurniaan Nya dan diberi peluang meraikannya bersama orang-orang tersayang.

Tanpa sedar masa berlalu dengan cepatnya. Aku akhirnya da berumur 35 tahun. Macam tak percaya pun ada. Di umur 35 tahun, aku rasa macam aku yang sama di umur 25 tahun. Perasan muda la ek. Tak la muda aper nyer. Dah ada dua hero pun dalam hidup ku.

Apa istimewanya kali nie???? Tentu nya yang paling istimewa adalah suprise dari Mr.Hubby. Dengan kunjungan 6 jambak bunga ros merah di pejabat ku dan chocolate ferrero rocher. Mana tak nya, kali terakhir Mr.Hubby memberinya masa dia belajar di UK dulu. Mesti lah perasaan teruja gilakan, lagi2 dah masuk 6 tahun usia perkahwinan. Walau pun aku nie jenis bukan minah bunga tapi sesekali orang tersayang beri, sungguh berbunga la rasa hati. Macam dalam Hati Ada Taman. Terima kasih buat buah hati tersayang. Sesungguhnya kasih, sayang dan cinta hati mami sepenuhnya milik Dadi dan selamanya milik Dadi. Aminnnnn........................ :)

Di samping tu, tak lupa kepada pemberi ros pink dari aweqs cute n cun Cik Darling Lantera bersama kad wishes yang amat cantik. Terima kasih kerana mengingati hari lahir ku. Semoga persahabatan ini kekal dan terima kasih kerana sentiasa ada di masa senang dan susah. Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang wish di dalam FB, terima kasih ku ucapkan. Semoga doa kalian sentiasa dalam Rahmat Nya.




Enjoy the pic....

Sunday 8 January 2012

ROMANTIC nyer PANORAMA

Tanpa dirancang, perjalanan ke satu tempat lain membuat aku dan family sampai ke tempat yang sungguh menarik dan terpegun ku pada keindahan alam ciptaan Nya. Memang hubby ku ada bercerita keindahan tempat nie sebab dia pernah berkursus di sana. Kalau ikutkan aku nak pergi tempat nie waktu malam, mesti cantik bila permandangan malam diterangi dengan cahaya lampu disetiap deretan bangunan pencakar langit mahu pun dari rumah-rumah yang ada disekitarnya.

PANORAMA VIEW.....yup itu lah tempatnya. Disebabkan terlalu cantik banyak tempat menarik yang ku lupa nak amik gambar. Tengok la kot aku ada peluang lagi ke sana. Mesti seronok kan....






Inilah antara tempat berdekatan dengan PANORAMA VIEW, sesuai untuk team building



Ini plak salahsatu menu yang terdapat di salah satu Restoran di PANORAMA VIEW




Ini je la view yang sempat di snap

BIRTHDAY A.B.A.N.G I.M.A.N

Diam tak diam dan tanpa disedari sungguh cepat masa berlalu. ABANG IMAN akhirnya mencapai umur 5 tahun. Macam tak percaya jer Abang Iman tinggal lagi setahun jer menanti nak masuk Darjah Satu. Semakin besar semakin jelas satu per satu karektor Abang Iman. Yang pasti baik Abang Iman mahu pun Dedeq mempunyai gabungan perangai mami dan dadi.( Dah nama pun anak mami dan Dadi ).

Seperti biasa birthday Abang Iman mesti akan di sambut in advance. Yang pasti gak Abang Iman mesti memilih kek untuk birthday nyer..... Cuma yang best, Mak Long telah ter advance kan umur birrthday Abang Iman.

Untuk anak tersayang mami, WAn Muhammad Iman.....Mami doakan semoga kamu membesar menjadi anak yang beriman, pandai dan taat kepada kedua ibu bapa. Amin.

Meh kita tengok kek Abang Iman.......


Kotak kek




Ini lah kek in Advance Abang Iman



Abang Iman tak sabar nak potong n tiup kek


Dedeq yang tetap nak tumpang sekaki

Sunday 1 January 2012

JANGAN ADA BENCI BY CASEY



( 1 )
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )

( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati