@ JENGUK-JENGUK @

Showing posts with label DEDEQ. Show all posts
Showing posts with label DEDEQ. Show all posts

Monday, 12 December 2011

NOVEMBER CELEBRATION 2011

Pastinya warna warni hidup ku di bulan November ni beraneka kenangan. Sama setiap tahun, bulan November ni, ramai di kalangan family yang menyambut hari kelahiran.

Bermula dengan sambutan kelahiran Dedeq pada awal bulan yang hanya berbaza sehari dengan hubby tersayang ku...majlis di sambut dengan kami sekeluarga sahaja dan keluarga ipar ku. Yang pasti kek birthday mesti tak kan tinggal. Lagi2 si Dedeq yang da pandai nyanyi lagu birthday dan meniup lilin kek, sungguh bersemangat nak menyambut hari lahirnya. Untuk hubby ku,,,disebabkan dia selalu cakap macam sedap jer Baskin Robbins Ice Cream Cake...maka itu la yang ku beli untuk hubby ku.

Kepada dua orang yang penting dalam hidup ku, " Selamat Hari Lahir, pasti nya kalian la bunga hati sayang dan permata yang tiada nilai dalam hidup ku. ".












Saturday, 3 December 2011

NEBULIZER

Kepada mereka yang Asthma pasti nyer familiar dengan title n3 ku nie. So untuk kedua-dua hero ku ini mereka memang kalau batuk yang disertai dengan kahak yang banyak, tahap yang serius pastinya diaorang perlu mengambil nebulizer nie.

Camne pun untuk si ABG, alhamdulilah cun-cun sampai umur 1 tahun terus hilang semputnya..tapi berlainan dengan si DEDEQ. Baru-baru ni, lebih kurang 2 minggu yang lepas, ku lihat DEDEQ ni batuk aje sehingga la setiap kali nanggis aku dengar bunyi kahak yang kuat. Aku da agak ni mesti nak kena gi bawak klinik. Apalagi bergegas la ke klinik. Sampai jer ke klinik, ternyata tekaan ku betul.

DEDEQ untuk kesekian kalinya perlu mengambil Nebulizer. Doc kata banyak kahak dalam dada DEDEQ. Nasib DEDEQ ni  tak penakut ubat dan mungkin sebab da banyak kali kena...so dia ok jer. Harapnya DEDEQ cepat la hilang dari sakit yang memerlukan dia mengambil Nebulizer nie.