@ JENGUK-JENGUK @

Showing posts with label AL-KISAH. Show all posts
Showing posts with label AL-KISAH. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

KEMBALI SEMULA

Wah lamanya tak bern3 blog ku nie. Mana tak penat yang tak hilang2 bermula dari 26 Oktober 2011 sehingga kini masih terasa. Kenapa plak 26 Oktober...Hehehe...itu la tarikh rasminya aku dan keluarga masuk e rumah baru. Justeru, bermula tarikh tu gak la secara rasminya internet di rumah tu tak berfungsi. Maka atas sebab tu gak la blog ku tak bern3.


Apa pun perjalanan dan urusan berpindah ke rumah baru berjalan dengan lancar. Bermula dari pukul 9.30 pagi operasi angkat mengangkat bermula hingga la ke pukul 4 petang selesai proses mengangkat. Camne pun proses mengemas tak bermula tu. Kepada kakak-kakak ipar ku dan mak serta bapa mertua terima kasih sebab membantu proses berpindah tersebut. Kalau tak mana dapat ku mengurus terutama nak melihat dan melayan karenah dua hero ku.



So...memandangkan 18 November lalu internet yang baru telah di pasang di umah ku...baru la boleh bermula semula catitan blog ku. Yang pasti internet baru ku amat memuaskan hati. Nak tau apa dia ? Pilihan baru suami dan aku adalah UNIFI. Ternyata memang bagus line internet ni memang laju la. Bila download pun tak tersekat-sekat, ok aje berjalan. TERBAEK laaa.....
So...see in the next story...terlalu banyak yang cerita yang terpendam...

Wednesday, 19 October 2011

BILA TIME BZ

Bila time bz segalanya cepat berlalu terutama masa....
Bila time bz seperti kaki tangan yang ada tidak mencukupi.....
Bila time bz, jadual diatur sehingga padat segalanya....
Bila time bz, sampaikan waktu rehat rasa tak sempat nak rehat.....

Bila time bz, segala kerja yang diatur seperti semuanya tak sempat dibuat....
Bila time bz, time tu la pelbagai perkara urgent mendatang jua....
Bila time bz, masa makan pun teringat kerja....
Bila time bz, sampai nak tengok jam untuk balik pun tidak berkesempatan......

Bila time bz, nak update blog pun menjadi perkiraan semula.......
Bila time bz, macam ni la rupa ku, seperti nak dimakan komputer depan mata .......


Itu lah gambaran minggu lepas bagaimana BZ, BZ, BZ nyer dengan kerja.

Hingga jumpa lagi .... : )

Saturday, 15 October 2011

DI SINI BERMULANYA

Yes! Itu la nama blog ku. Berdasarkan feedback dari kawan-kawan ku yang bertanya pelik sungguh nama tu. Malah pastinya ada cerita di sebalik cerita dan ada gak yang berkata kepada ku nasib bukan "Tempoyak".Adus! macam2 tekaan ya.


Ok la ada baiknya ku ceritakan bagaimana bermulanya nama PO'YAH tersebut. Seperti ramai orang di sana pasti banyak kenangan di zaman belajar.Justeru, zaman ku di peringkat Diploma la paling banyak tersemat sebagai kenangan sama ada pahit mahu pun indah. Kebiasaannya bila belajar nie pastinya kena duduk asrama dan aku di tempatkan bersama 3 orang roommate iaitu Amoi, G.Ja dan Ron yang semuanya datang dari pelbagai negeri iaitu KL, Kuala Pilah dan Kelantan. Mereka ini lah roomate setia bersama dari semester pertama hingga semester terakhir.


Nak jadi ceta, di satu petang ketika kami semua melepak di bilik, roomate2 aku ni minta aku beli jajan @ keropok.Aku pun dengan sudi hati pergi untuk membeli dan ntah camne aku mengambil masa lama untuk balik. Sesampai ku di bilik, roomate ku Ron bertanya awat la lama sangat ko pegi, wat keropok apa ? Memang poyo la ko nie ? Aku pun dengan penat lelah xplain bahawa memang ramai orang kat kedai tu. Selepas itu, dengan sepakatnya roommate aku terus panggil aku poyo la ko ni yah dan dan sepakat juga berkata kalau sambung terus jadi PO'YAH .


Maka dengan itu, bermula lah nama nick name aku diguna pakai di kalangan kawan seangkatan ku ketika itu.Aku pulak selesa dengan nama tue dan bila di fikirkan dengan cara ku ketika di zaman Diploma sesuai benar nama tu dengan karektor ku ketika itu.


Kepada X - roomate ku tersayang Amoi, G.Ja dan Ron, pastinya kita merindui kenangan teringat bila kita bersama. Rindu kamu semua.

Friday, 14 October 2011

BICARA SEORANG SAHABAT

Mata...
Pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
Hingga membuatkan hati sahabatku terasa?

Lidah...
Adakah kau tersalah bicara
Hingga membuatkan hati sahabatku terluka?

Hati...
Betulkah kau berburuk sangka
Hingga membuatkan hati sahabatku kecewa?

Tahukah kamu
Bahawa di antara ramai sahabatku
kamu yang paling istimewa?
Tidak pernah terlintas dimindaku untuk
Menyakitimu
Apatah lagi melukakanmu

Lantas
Mengapa kini kau mula berubah sikap
Tidak bertegur-sapa denganku
Tidak mahu berbicara denganku
Tidak mempedulikan aku

Mengapa wahai sahabat?
Tahukah hatiku merana dengan perbuatan kamu?
Hiba dengan sikapmu?
Janganlah kamu berdiam diri tanda memprotesku
Terangkan tentang salahku
Moga aku tahu tentang silapku

Sahabat
Andai kamu masih dengan sikapmu itu
Aku redha
Mungkin salahku besar buatmu
Namun ketahuilah
Aku mohon
Agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkanku
Dan kembali bergelak tawa denganku
Seperti masa-masa dulu.

Nukilan:
Farah Nadhirah

Monday, 3 October 2011

BERALIH ARAH

Apa yang nak beralih-Nyer ????....

Heheheee.....lama menyepi Po'Yah Sempoi blogspot ? . Da kenapa ????. Setelah lama berfikir dan mencatur segalanya, maaf dipohon kerana Po'Yah Sempoi Blogspot akan beralih arah ke alamat blogspot yang baru. Masih kekal di bawah nama Po'yah Sempoi Blogspot hanya pertukaran address blog kepada :


poyahsempoi.blogspot.com 

Justeru, selepas proses kemaskini blog di lakukan, maka segala post di blog sebelum ini akan ditamatkan sama sekali. Semoga perpindahan kepada address baru memberi ceritera baru dan warna warni baru dalam perjalanan blog Po'Yah Sempoi. Terima kasih kiranya masih ada yang sudi membaca.