@ JENGUK-JENGUK @

Saturday 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

CONVO DAY @ 6TH YRS WEDD ANNIVERSARY

Seperti biasa, setiap tahun anak-anak ku akan menyambut hari convo nya bermula dari umur 3 tahun yang dikenali sebaagai pra taska sehingga ke tadika. Tujuan sebenar diadakan adalah bagi meraikan kanak-kanak yang diakhir tahun di peringkat tadika semasa berumur 6 tahun. Memandangkan tahun ni Hari Convo mereka di sambut pada 19 November yang kebetulan sama dengan sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6 tahun. Cuma yang cedey nya hubby ku ada kelas hari tersebut, maka terlepas la sambutan ulang tahun dan hari convo hero2 ku.

Bagi hero-hero ku yang berumur 3 tahun dan 5 tahun, mereka hanya la untuk memeriahkan majlis dengan membuat pertunjukkan. Tahun lepas adalah tahun pertama mereka berdua terlibat dalam persembahan. Pertama kali persembahan dua-dua hero menanggis pada awal persembahan sebab first time wat persembahan di atas pentas depan orang ramai. Masuk tahun kedua, ingat kan ada perubahan, ternyata si abang plak yang hal menangis. Sepanjang persembahan tak berbunyi mulut untuk menyanyi. Si adik plak memang tak nangis tapi tak mau buat aksi bila di atas pentas. Sibuk tengok orang jer. Itu lah keletah dua hero ku...apa pun yang penting aku nak diaorang belajar berani dan boleh berinteraksi dengan orang ramai.

So...enjoy the picture....


Persediaan untuk persembahan dan ucapan dari Pengetua


Persembahan dari Abang dan Dedeq

KEMBALI SEMULA

Wah lamanya tak bern3 blog ku nie. Mana tak penat yang tak hilang2 bermula dari 26 Oktober 2011 sehingga kini masih terasa. Kenapa plak 26 Oktober...Hehehe...itu la tarikh rasminya aku dan keluarga masuk e rumah baru. Justeru, bermula tarikh tu gak la secara rasminya internet di rumah tu tak berfungsi. Maka atas sebab tu gak la blog ku tak bern3.


Apa pun perjalanan dan urusan berpindah ke rumah baru berjalan dengan lancar. Bermula dari pukul 9.30 pagi operasi angkat mengangkat bermula hingga la ke pukul 4 petang selesai proses mengangkat. Camne pun proses mengemas tak bermula tu. Kepada kakak-kakak ipar ku dan mak serta bapa mertua terima kasih sebab membantu proses berpindah tersebut. Kalau tak mana dapat ku mengurus terutama nak melihat dan melayan karenah dua hero ku.



So...memandangkan 18 November lalu internet yang baru telah di pasang di umah ku...baru la boleh bermula semula catitan blog ku. Yang pasti internet baru ku amat memuaskan hati. Nak tau apa dia ? Pilihan baru suami dan aku adalah UNIFI. Ternyata memang bagus line internet ni memang laju la. Bila download pun tak tersekat-sekat, ok aje berjalan. TERBAEK laaa.....
So...see in the next story...terlalu banyak yang cerita yang terpendam...

Thursday 3 November 2011

BIARLAH ORANG MENGATA



Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka

Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya

Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan

Wahai saudara-wahai saudari,
Itulah panduan kita
Jadikan ia panduan, di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan, jika ingin aman dan harmoni

Tuan atau puan,
Begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran, agama-agama lain
dan sebarang ideologi,
Hanya ada pada Islam yang sejati

Begitulah sebahagian, ketika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama, mengamalkan bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat, Untungnya banyak di dunia akhirat

Tulisan: Mauizoh Alexendria