@ JENGUK-JENGUK @

Saturday, 15 October 2011

DI SINI BERMULANYA

Yes! Itu la nama blog ku. Berdasarkan feedback dari kawan-kawan ku yang bertanya pelik sungguh nama tu. Malah pastinya ada cerita di sebalik cerita dan ada gak yang berkata kepada ku nasib bukan "Tempoyak".Adus! macam2 tekaan ya.


Ok la ada baiknya ku ceritakan bagaimana bermulanya nama PO'YAH tersebut. Seperti ramai orang di sana pasti banyak kenangan di zaman belajar.Justeru, zaman ku di peringkat Diploma la paling banyak tersemat sebagai kenangan sama ada pahit mahu pun indah. Kebiasaannya bila belajar nie pastinya kena duduk asrama dan aku di tempatkan bersama 3 orang roommate iaitu Amoi, G.Ja dan Ron yang semuanya datang dari pelbagai negeri iaitu KL, Kuala Pilah dan Kelantan. Mereka ini lah roomate setia bersama dari semester pertama hingga semester terakhir.


Nak jadi ceta, di satu petang ketika kami semua melepak di bilik, roomate2 aku ni minta aku beli jajan @ keropok.Aku pun dengan sudi hati pergi untuk membeli dan ntah camne aku mengambil masa lama untuk balik. Sesampai ku di bilik, roomate ku Ron bertanya awat la lama sangat ko pegi, wat keropok apa ? Memang poyo la ko nie ? Aku pun dengan penat lelah xplain bahawa memang ramai orang kat kedai tu. Selepas itu, dengan sepakatnya roommate aku terus panggil aku poyo la ko ni yah dan dan sepakat juga berkata kalau sambung terus jadi PO'YAH .


Maka dengan itu, bermula lah nama nick name aku diguna pakai di kalangan kawan seangkatan ku ketika itu.Aku pulak selesa dengan nama tue dan bila di fikirkan dengan cara ku ketika di zaman Diploma sesuai benar nama tu dengan karektor ku ketika itu.


Kepada X - roomate ku tersayang Amoi, G.Ja dan Ron, pastinya kita merindui kenangan teringat bila kita bersama. Rindu kamu semua.

No comments:

Post a Comment