Seperti biasa, setiap tahun anak-anak ku akan menyambut hari convo nya bermula dari umur 3 tahun yang dikenali sebaagai pra taska sehingga ke tadika. Tujuan sebenar diadakan adalah bagi meraikan kanak-kanak yang diakhir tahun di peringkat tadika semasa berumur 6 tahun. Memandangkan tahun ni Hari Convo mereka di sambut pada 19 November yang kebetulan sama dengan sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6 tahun. Cuma yang cedey nya hubby ku ada kelas hari tersebut, maka terlepas la sambutan ulang tahun dan hari convo hero2 ku.
Bagi hero-hero ku yang berumur 3 tahun dan 5 tahun, mereka hanya la untuk memeriahkan majlis dengan membuat pertunjukkan. Tahun lepas adalah tahun pertama mereka berdua terlibat dalam persembahan. Pertama kali persembahan dua-dua hero menanggis pada awal persembahan sebab first time wat persembahan di atas pentas depan orang ramai. Masuk tahun kedua, ingat kan ada perubahan, ternyata si abang plak yang hal menangis. Sepanjang persembahan tak berbunyi mulut untuk menyanyi. Si adik plak memang tak nangis tapi tak mau buat aksi bila di atas pentas. Sibuk tengok orang jer. Itu lah keletah dua hero ku...apa pun yang penting aku nak diaorang belajar berani dan boleh berinteraksi dengan orang ramai.
So...enjoy the picture....
Persediaan untuk persembahan dan ucapan dari Pengetua
Persembahan dari Abang dan Dedeq
No comments:
Post a Comment