@ JENGUK-JENGUK @

Saturday, 22 October 2011

SEMAKIN HAMPIR SEMAKIN PENAT

Bermula dari 2 minggu lepas lagi, hampir setiap minggu aku dan hubby ke teratak AB. Iya la ada jer benda yang nak dibuat di samping melihat progress reno teratak kami. Tapi paling penat, pastinya hubby ku yang sentiasa selepas balik bekerja berkunjung ke teratak AB. Memang la kita bagi kerja kat kontraktor tapi kerja diaorang nie mesti nak kena monitor kang ada jer yang tertinggal dan tak betul.

Minggu ni, lagi la hampir setiap hari la encek hubby ke sana. Apa pun setelah monitor perkembangan reno untuk beberapoa hari ni, akhirnya berpuashati dengan hasilnya.

See....nie lah perkembangan Teratak AB kami yang mana dijangka berpindah next week. Adus....memang letih memikir nak mengemas barang dan itu la sebabnya semakin hampir semakin penat ..... :(








Wednesday, 19 October 2011

BILA TIME BZ

Bila time bz segalanya cepat berlalu terutama masa....
Bila time bz seperti kaki tangan yang ada tidak mencukupi.....
Bila time bz, jadual diatur sehingga padat segalanya....
Bila time bz, sampaikan waktu rehat rasa tak sempat nak rehat.....

Bila time bz, segala kerja yang diatur seperti semuanya tak sempat dibuat....
Bila time bz, time tu la pelbagai perkara urgent mendatang jua....
Bila time bz, masa makan pun teringat kerja....
Bila time bz, sampai nak tengok jam untuk balik pun tidak berkesempatan......

Bila time bz, nak update blog pun menjadi perkiraan semula.......
Bila time bz, macam ni la rupa ku, seperti nak dimakan komputer depan mata .......


Itu lah gambaran minggu lepas bagaimana BZ, BZ, BZ nyer dengan kerja.

Hingga jumpa lagi .... : )

Saturday, 15 October 2011

DI SINI BERMULANYA

Yes! Itu la nama blog ku. Berdasarkan feedback dari kawan-kawan ku yang bertanya pelik sungguh nama tu. Malah pastinya ada cerita di sebalik cerita dan ada gak yang berkata kepada ku nasib bukan "Tempoyak".Adus! macam2 tekaan ya.


Ok la ada baiknya ku ceritakan bagaimana bermulanya nama PO'YAH tersebut. Seperti ramai orang di sana pasti banyak kenangan di zaman belajar.Justeru, zaman ku di peringkat Diploma la paling banyak tersemat sebagai kenangan sama ada pahit mahu pun indah. Kebiasaannya bila belajar nie pastinya kena duduk asrama dan aku di tempatkan bersama 3 orang roommate iaitu Amoi, G.Ja dan Ron yang semuanya datang dari pelbagai negeri iaitu KL, Kuala Pilah dan Kelantan. Mereka ini lah roomate setia bersama dari semester pertama hingga semester terakhir.


Nak jadi ceta, di satu petang ketika kami semua melepak di bilik, roomate2 aku ni minta aku beli jajan @ keropok.Aku pun dengan sudi hati pergi untuk membeli dan ntah camne aku mengambil masa lama untuk balik. Sesampai ku di bilik, roomate ku Ron bertanya awat la lama sangat ko pegi, wat keropok apa ? Memang poyo la ko nie ? Aku pun dengan penat lelah xplain bahawa memang ramai orang kat kedai tu. Selepas itu, dengan sepakatnya roommate aku terus panggil aku poyo la ko ni yah dan dan sepakat juga berkata kalau sambung terus jadi PO'YAH .


Maka dengan itu, bermula lah nama nick name aku diguna pakai di kalangan kawan seangkatan ku ketika itu.Aku pulak selesa dengan nama tue dan bila di fikirkan dengan cara ku ketika di zaman Diploma sesuai benar nama tu dengan karektor ku ketika itu.


Kepada X - roomate ku tersayang Amoi, G.Ja dan Ron, pastinya kita merindui kenangan teringat bila kita bersama. Rindu kamu semua.